Tuesday 10 July 2012

Minggu ke-4


Asslammualaikum . . huhu . berjumpa lagi dalam lembaran maya buat kali ke-4 . ini bermakna sudah 4 minggu kami menghadiri kuliah KE yang dikendalikan oleh Pn Noreha. Pada kali ini, Pn Noreha iaitu pensyarah subjek KE memberikan kami tugasan untuk mencari maklumat mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Kecerdasan Emosi. Langkah pertama yang saya ambil untuk menyiapkan tugasan ini adalah dengan cuba mencari maklumat di perpustakaan. Malangnya saya tidak menjumpai satu buku pun yang berkaitan. Mungkin ini kerana buku yang ada di perpustakaan tidak teratur dan susah bagi saya menjejaki buku yang dapat membantu saya.  tanpa membuang masa saya berikhtiar untuk menggunakan kaedah yang kedua, iaitu dengan melayari laman sesawang. Untuk menggunakan laman sesawang pun, saya menghadapi kesulitan kerana saya tidak mempunyai jalur lebar ataupun lebih dikenali sebagai “broadband”. Tetapi saya tidak berputus asa, saya cuba untuk meminjam ‘broadband’ dengan teman sebilik. Alhamdulilah teman sebilik memahami keadaan saya dan meminjamkan ‘broadbandnya’ kepada saya. Semasa melayari laman sesawang, saya menjumpai banyak maklumat mengenai elemen kecerdasan emosi tetapi tidak ada satu pun yang menerangkan elemen KE dengan terperinci. Saya terus berusaha mencari dan mencari. Akhirnya saya menemui satu BLOG yang menceritakan tentang elemen kecerdasan emosi. Saya mempunyai sedikit masalah berkaitan dengan maklumat yang saya peroleh disebabkan bahasa yang digunakan oleh penulis merupakan bahasa Indonesia. Saya pun membaca maklumat tersebut berulang kali untuk memahami isi yang diberikan kerana saya kurang fasih dengan bahasa Negara jiran kita itu . Alhamdulillah dengan izin Allah setelah beberapa minit menaakul maklumat tersebut, dapatla saya menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. 

Akhir sekali, apa yang dapat saya tegaskan disini, kita sebagai seorang bakal pendidik haruslah sentiasa berusaha mencari jalan untuk meninba ilmu dengan apa cara sekalipun, kita tidak boleh menyerah sebelum mencuba. Kecerdasan emosi ini banyak mengajar kita untuk mengenal diri kita dengan lebih baik lagi disamping dapat membina diri menjadi seorang yang cemerlang dan berguna kepada bangsa,Negara dan agama. Sekian.

Elemen Kecerdasan Emosi


Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotation (EQ) meliputi kemampuan mengungkapkan perasaan, kesedaran serta pemahaman tentang emosi dan kemampuan untuk mengatur dan mengendalikannya.
Kecerdasan emosi dapat juga diertikan sebagai kemampuan Mental yang membantu kita mengendalikan dan memahami perasaan-perasaan kita dan orang lain yang  kepada kemampuan untuk mengatur perasaan-perasaan tersebut.
Ada tujuh elemen dalam kecerdasan emosi, tujuh elemen itu adalah:
  1. Kesadaran diri – kesadaran terhadap perasaan sendiri dan kemampuan untuk mengenali dan mengelola perasaan itu.
  2. Emosi yang fleksibel – kemampuan untuk berkerja secara baik dan konsisten dalam pelbagai situasi dan tekanan.
  3. Motivasi – dorongan dan tenaga yang ada pada kita untuk mencapai hasil, menyeimbangka tujuan jangka pendek dan jangka panjang, dan mengupayakan cita-cita kita walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
  4. Persefahaman sesama kita– kemampuan untuk merasakan keperluan dan perasaan orang lain dan untuk menggunakan kemampuan itu secara efektif dalam berinteraksi dengan masyarakat dan mengambil keputusan yang mempengaruhi mereka.
  5. Pengaruh – kemampuan untuk memujuk orang lain agar mengubah sudut pandang mereka terhadap suatu masalah, persoalan atau keputusan.
  6. Tanggapan – kemampuan untuk menggunakan wawasan dan interaksi untuk sampai pada, dan memberikan keputusan apabila diberikan sesuatu dengan informasi yang  tidak lengkap.
  7. Tanggungjawab dan integriti – kemampuan untuk menunjukkan komitmen terhadap suatu tindakan semasa menghadapi rintangan dan untuk bertindak secara konsisten dan sesuai dengan persyaratan etika yang difahami.

Monday 9 July 2012

Assalamualaikum . . bertemu kembali dalam lembaran maya yakni BLOG. seperti minggu sebelum ini, kami diberikan tugas untuk memberikan refleksi bagi setiap interaksi yang dijalankan bagi subjek kecerdasan emosi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih dikurniakan kehidupan pada hari ini. pada pertemuan minggu kedua ini, kami dikejutkan dengan satu pertukaran yang telah diaturkan oleh pihak pentadbiran dimana pensyarah kami telah digantikan dengan pensyarah yang baharu. apa yang menggembirakan, kami telah mendapat pensyarah yang sebelum ini pernah mendidik kami pada semester 1 iaitu Pn Noreha. Refleksi pada kali ini bagi saya tidak jauh bezanya dengan refleksi pada minggu pertama. Hal ini kerana Pn Noreha sekali lagi menerangkan kami tentang pengenalan kecerdasan emosi. tetepi pada kali ini saya lebih faham apa itu kecerdasan emosi. kecerdasan emosi merupakan keupayaan seseorang untuk mengungkap ataupun mengawal perasaan. contohnya ketika kita marah, pada masa itu kita perlulah bijak mengawal emosi kita untuk mengatasi situasi tersebut bagi mengelakkan sesuatu yang tidak baik berlaku. kecerdasan emosi juga merupakan satu keupayaan kita untuk mempunyai kesedaran serta pemahaman tentang emosi dan kemampuan untuk mengatur dan mengendalikannya. hmm . ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk lembaran kali ini, InsyaAllah sekiranya masih ada umur pada masa akan datang saya akan kongsikan dengan lebih terperinci berkaitan dengan subjek ini. Sekian.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini merupakan hari pertama saya menghadiri kelas Kecerdasan Emosi. hmmm . pada mulanya saya tertanya-tanya apakah itu kecerdasan emosi dan apakah sebenarnya fungsi subjek ini diterapkan didalam jadual pembelajaran bagi sem 3  . . Alhamdulillah . selang beberapa minit kemudian Pensyarah yang bertanggungjawab mengajar subjek ini telah tiba. Puah Safinah Mohamad nama diberi, beliau memperkenalkan diri secara spontan . tanpa berlengah Pn terus sahaja menceritakan sedikit pengenalan tentang subjek ini . melalui penerangan Pn tersebut, sedikit sebanyak telah memberi saya input-input penting berkaitan dengan subjek ini. 'kecerdasan emosi' merupakan nama subjek yang kami pelajari tetapi bukan setakat kecerdasan emosi yang ada dalam pembelajaran ini, terdapat juga kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual. kecerdasan-kecerdasan ini membantu kita untuk menjadi manusia yang berguna. walaupun saya masih kurang memahami konsep-konsep kecerdasan ini saya dapat menyimpulkan bahawa subjek kecerdasan emosi ini membantu saya untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. walaupun masa pembelajaran cuma satu jam seminggu insyaAllah saya akan cuba manfaatkan masa tersebut untuk menimbah pelbagai ilmu untuk dijadikan panduan untuk melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran terutamanya, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik. Sekian.
Refleksi minggu ke-3


Kecerdasan emosi ? apa itu kecerdasan emosi ? hah ! . Melalui hasil pembelajaran subjek kecerdasan emosi pada minggu lepas bersama Pn Noreha selaku pensyarah bagi subjek ini, dapatlah saya kongsikan sedikit sebanyak tentang kecerdasan emosi (EQ) . Kecerdasan emosi merupakan kualiti yang membolehkan seseorang memahami perasaan orang lain,empati dan kebolehan menguruskan emosi agar seimbang dengan hidup. Emosi juga merupakan kebolehan merasa, memahami dan menggunakan kekuatan dan ketajaman emosi dengan berkesan sebagai satu sumber tenaga, maklumat, hubungan dan pengaruh.  Kecerdasan emosi ini dikawal oleh hati seseorang. Kecerdasan emosi ini boleh menjurus kepada perkara yang positif dan negatif, ianya terpulang kepada seseorang itu untuk mengawalnya.
Seterusnya berkenaan dengan kecerdasan intelektual (IQ). Apa yang saya faham mengenai kecerdasan intelek ini ialah, merupakan satu aktiviti yang berfungsi melalui otak. Kecerdasan intelek merupakan tahap berfikir seseorang yang lebih kreatif ataupun lebih ‘advance’ berbanding orang lain. Seseorang yang mempunyai IQ yang lebih tinggi lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan pelbgai kaedah. Tetapi IQ yang tinggi tidak akan membantu seseorang untuk berjaya dalam hidup. IQ dan EQ yang tinggi merupakan satu faktor untuk mencapai hidup yang sejahtera.
Akhir sekali mengenai Kecerdasan spiritual. Kecerdasan ini merupakan tunjang utama untuk seseorang mencapai kesejahteraan dalam kehidupan. Kecerdasan spiritual ini digunakan untuk menyelesaikan permasalahan makna dan nilai. Kecerdasan spiritual merangkumi cirri-ciri kesedaran diri, idealisme, keupayaan menghadapi kesukaran, bersikap terbuka, menggalakkan kepelbagaian, ketabahan dan keupayaan untuk merangka semula dan responsive.  Kecerdasan emosi ini berasaskan sosio dan spiritual manusia.
Kesimpulannya, ketiga-tiga kecerdasan tersebut perlu hadir seiring dalam kehidupan seseorang itu untuk mengecap kebahagian dan kesejahteraan dalam hidup.

Friday 29 June 2012

Some people think they're always right
Others are quiet and uptight
Others they seem so very nice
Inside they might feel sad and wrong


29 different attributes
And only 7 that you like,
20 ways to see the world,
Or 20 ways to start a fight

Oh, don't, don't, don't
Get up
I can't see the sunshine
I'll be waiting for you baby
'Cause I'm through
Sit me down
Shut me up
I'll calm down
And I'll get along with you


Oh, men don't notice what they got
Women think of that a lot
1000 ways to please your man
Not even one requires a plan. I know
Countless odd religions too
It doesn't matter which you choose
One stubborn way to turn your back
This I've tried, and now refuse