Monday, 9 July 2012

Refleksi minggu ke-3


Kecerdasan emosi ? apa itu kecerdasan emosi ? hah ! . Melalui hasil pembelajaran subjek kecerdasan emosi pada minggu lepas bersama Pn Noreha selaku pensyarah bagi subjek ini, dapatlah saya kongsikan sedikit sebanyak tentang kecerdasan emosi (EQ) . Kecerdasan emosi merupakan kualiti yang membolehkan seseorang memahami perasaan orang lain,empati dan kebolehan menguruskan emosi agar seimbang dengan hidup. Emosi juga merupakan kebolehan merasa, memahami dan menggunakan kekuatan dan ketajaman emosi dengan berkesan sebagai satu sumber tenaga, maklumat, hubungan dan pengaruh.  Kecerdasan emosi ini dikawal oleh hati seseorang. Kecerdasan emosi ini boleh menjurus kepada perkara yang positif dan negatif, ianya terpulang kepada seseorang itu untuk mengawalnya.
Seterusnya berkenaan dengan kecerdasan intelektual (IQ). Apa yang saya faham mengenai kecerdasan intelek ini ialah, merupakan satu aktiviti yang berfungsi melalui otak. Kecerdasan intelek merupakan tahap berfikir seseorang yang lebih kreatif ataupun lebih ‘advance’ berbanding orang lain. Seseorang yang mempunyai IQ yang lebih tinggi lebih mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan pelbgai kaedah. Tetapi IQ yang tinggi tidak akan membantu seseorang untuk berjaya dalam hidup. IQ dan EQ yang tinggi merupakan satu faktor untuk mencapai hidup yang sejahtera.
Akhir sekali mengenai Kecerdasan spiritual. Kecerdasan ini merupakan tunjang utama untuk seseorang mencapai kesejahteraan dalam kehidupan. Kecerdasan spiritual ini digunakan untuk menyelesaikan permasalahan makna dan nilai. Kecerdasan spiritual merangkumi cirri-ciri kesedaran diri, idealisme, keupayaan menghadapi kesukaran, bersikap terbuka, menggalakkan kepelbagaian, ketabahan dan keupayaan untuk merangka semula dan responsive.  Kecerdasan emosi ini berasaskan sosio dan spiritual manusia.
Kesimpulannya, ketiga-tiga kecerdasan tersebut perlu hadir seiring dalam kehidupan seseorang itu untuk mengecap kebahagian dan kesejahteraan dalam hidup.

1 comment: