Tuesday, 10 July 2012

Minggu ke-4


Asslammualaikum . . huhu . berjumpa lagi dalam lembaran maya buat kali ke-4 . ini bermakna sudah 4 minggu kami menghadiri kuliah KE yang dikendalikan oleh Pn Noreha. Pada kali ini, Pn Noreha iaitu pensyarah subjek KE memberikan kami tugasan untuk mencari maklumat mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Kecerdasan Emosi. Langkah pertama yang saya ambil untuk menyiapkan tugasan ini adalah dengan cuba mencari maklumat di perpustakaan. Malangnya saya tidak menjumpai satu buku pun yang berkaitan. Mungkin ini kerana buku yang ada di perpustakaan tidak teratur dan susah bagi saya menjejaki buku yang dapat membantu saya.  tanpa membuang masa saya berikhtiar untuk menggunakan kaedah yang kedua, iaitu dengan melayari laman sesawang. Untuk menggunakan laman sesawang pun, saya menghadapi kesulitan kerana saya tidak mempunyai jalur lebar ataupun lebih dikenali sebagai “broadband”. Tetapi saya tidak berputus asa, saya cuba untuk meminjam ‘broadband’ dengan teman sebilik. Alhamdulilah teman sebilik memahami keadaan saya dan meminjamkan ‘broadbandnya’ kepada saya. Semasa melayari laman sesawang, saya menjumpai banyak maklumat mengenai elemen kecerdasan emosi tetapi tidak ada satu pun yang menerangkan elemen KE dengan terperinci. Saya terus berusaha mencari dan mencari. Akhirnya saya menemui satu BLOG yang menceritakan tentang elemen kecerdasan emosi. Saya mempunyai sedikit masalah berkaitan dengan maklumat yang saya peroleh disebabkan bahasa yang digunakan oleh penulis merupakan bahasa Indonesia. Saya pun membaca maklumat tersebut berulang kali untuk memahami isi yang diberikan kerana saya kurang fasih dengan bahasa Negara jiran kita itu . Alhamdulillah dengan izin Allah setelah beberapa minit menaakul maklumat tersebut, dapatla saya menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. 

Akhir sekali, apa yang dapat saya tegaskan disini, kita sebagai seorang bakal pendidik haruslah sentiasa berusaha mencari jalan untuk meninba ilmu dengan apa cara sekalipun, kita tidak boleh menyerah sebelum mencuba. Kecerdasan emosi ini banyak mengajar kita untuk mengenal diri kita dengan lebih baik lagi disamping dapat membina diri menjadi seorang yang cemerlang dan berguna kepada bangsa,Negara dan agama. Sekian.

No comments:

Post a Comment