Monday, 9 July 2012

Assalamualaikum . . bertemu kembali dalam lembaran maya yakni BLOG. seperti minggu sebelum ini, kami diberikan tugas untuk memberikan refleksi bagi setiap interaksi yang dijalankan bagi subjek kecerdasan emosi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih dikurniakan kehidupan pada hari ini. pada pertemuan minggu kedua ini, kami dikejutkan dengan satu pertukaran yang telah diaturkan oleh pihak pentadbiran dimana pensyarah kami telah digantikan dengan pensyarah yang baharu. apa yang menggembirakan, kami telah mendapat pensyarah yang sebelum ini pernah mendidik kami pada semester 1 iaitu Pn Noreha. Refleksi pada kali ini bagi saya tidak jauh bezanya dengan refleksi pada minggu pertama. Hal ini kerana Pn Noreha sekali lagi menerangkan kami tentang pengenalan kecerdasan emosi. tetepi pada kali ini saya lebih faham apa itu kecerdasan emosi. kecerdasan emosi merupakan keupayaan seseorang untuk mengungkap ataupun mengawal perasaan. contohnya ketika kita marah, pada masa itu kita perlulah bijak mengawal emosi kita untuk mengatasi situasi tersebut bagi mengelakkan sesuatu yang tidak baik berlaku. kecerdasan emosi juga merupakan satu keupayaan kita untuk mempunyai kesedaran serta pemahaman tentang emosi dan kemampuan untuk mengatur dan mengendalikannya. hmm . ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk lembaran kali ini, InsyaAllah sekiranya masih ada umur pada masa akan datang saya akan kongsikan dengan lebih terperinci berkaitan dengan subjek ini. Sekian.

No comments:

Post a Comment