Monday, 9 July 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. hari ini merupakan hari pertama saya menghadiri kelas Kecerdasan Emosi. hmmm . pada mulanya saya tertanya-tanya apakah itu kecerdasan emosi dan apakah sebenarnya fungsi subjek ini diterapkan didalam jadual pembelajaran bagi sem 3 . . Alhamdulillah . selang beberapa minit kemudian Pensyarah yang bertanggungjawab mengajar subjek ini telah tiba. Puah Safinah Mohamad nama diberi, beliau memperkenalkan diri secara spontan . tanpa berlengah Pn terus sahaja menceritakan sedikit pengenalan tentang subjek ini . melalui penerangan Pn tersebut, sedikit sebanyak telah memberi saya input-input penting berkaitan dengan subjek ini. 'kecerdasan emosi' merupakan nama subjek yang kami pelajari tetapi bukan setakat kecerdasan emosi yang ada dalam pembelajaran ini, terdapat juga kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual. kecerdasan-kecerdasan ini membantu kita untuk menjadi manusia yang berguna. walaupun saya masih kurang memahami konsep-konsep kecerdasan ini saya dapat menyimpulkan bahawa subjek kecerdasan emosi ini membantu saya untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. walaupun masa pembelajaran cuma satu jam seminggu insyaAllah saya akan cuba manfaatkan masa tersebut untuk menimbah pelbagai ilmu untuk dijadikan panduan untuk melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran terutamanya, dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pendidik. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment